Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN V - JAWATANKUASA RAYUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 26. Rayuan

(1) Mana-mana Peguam Syarie yang terkilan dengan mana-mana keputusan Jawatankuasa yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini terhadapnya boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan melalui Setiausaha dalam tempoh empat belas hari dari tarikh dia dimaklumkan tentang keputusan itu.

(2) Setiausaha hendaklah, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh dia menerima rayuan itu, mengemukakan rayuan itu kepada Jawatankuasa.

(3) Pengerusi hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pengemukaan rayuan itu oleh Setiausaha, menyebabkan satu salinan rekod prosiding yang berkaitan berserta dengan alasan keputusan Jawatankuasa dihantar kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Rayuan.

(4) Pengerusi Jawatankuasa Rayuan boleh melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (1), (2) atau (3) atas permohonan pihak yang terlibat dan apabila sebab-sebab yang mencukupi diberikan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.