Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 5. Keanggotaan Jawatankuasa Kariah

(1) Jawatankuasa Kariah hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(2) Dua orang ahli kariah hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Kariah sebagai Pemeriksa Kira-Kira mengikut tempoh pelantikan Jawatankuasa Kariah berkenaan.

(3) Apabila Jawatankuasa Kariah dilantik oleh Majlis, apa-apa jawatankuasa yang diwujudkan untuk mentadbir mana-mana masjid sebelum pelantikan tersebut hendaklah dengan sendirinya terbubar. Mana-mana jawatankuasa yang berfungsi selepas pelantikan Jawatankuasa Kariah adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.