Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN IV - KELAKUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 24. Keputusan hendaklah dimaklumkan

(1) Jawatankuasa hendaklah memaklumkan keputusannya yang dibuat di bawah kaedah 21 dan 23, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Peguam Syarie itu, Ketua Pendaftar, Ketua Pendakwa Syarie dan Setiausaha melalui pos berdaftar.

(2) Pengerusi hendaklah menandatangani setiap keputusan Jawatankuasa yang dibuat dibawah kaedah 21 atau 23.

(3) Pengerusi hendaklah memastikan bahawa setiap prosiding dicatatkan dan rekod prosiding disimpan dengan sempurna.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.