Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Anggota Majlis” ertinya anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 4 tahun 2004];

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dilantik di bawah seksyen 107 Enakmen;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen;

“Mengajar” ertinya menyampaikan pengajaran agama Islam kepada orang Islam sama ada secara lisan, bertulis atau dengan isyarat;

“Mufti” ertinya Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan yang dilantik di bawah seksyen 33 Enakmen;

“Pegawai Agama” ertinya Pegawai, Penolong Pegawai atau Pembantu Hal Ehwal Islam dan Pegawai, Penolong Pegawai atau Pembantu Syariah dalam perkhidmatan awam tanpa mengira gred jawatan;

“Pegawai Tadbir Agama” ertinya mana-mana Pegawai Hal Ehwal Islam yang dilantik bagi daerah-daerah di Negeri Perak Darul Ridzuan;

“Penceramah” ertinya mana-mana orang yang diberi kebenaran untuk memberi syarahan agama di bawah peraturan 17;

“Syarahan agama” termasuk ceramah, seminar, diskusi, forum, bengkel, simposium, kursus dengan apa jua cara penyampaian; dan

“Tauliah Mengajar” ertinya suatu tauliah untuk mengajar agama yang dikeluarkan di bawah peraturan 6.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.