Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PENERIMAAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 5. Penamatan pelantikan dan peletakan jawatan

(1) Anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.

(2) Pelantikan anggota Jawatankuasa di bawah perenggan 4(1)(e) boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Majlis atas syor Pengerusi atas apa-apa alasan yang munasabah, dan anggota itu boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Majlis dengan satu salinannya kepada Setiausaha Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.