Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN V - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN




Peraturan 20. Mesyuarat Agung Tahunan

(1) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum 1 April pada tiap-tiap tahun. Mana-mana Jawatankuasa Kariah yang tidak mematuhi subperaturan ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2) Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengarahkan Setiausaha atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah memanggil Mesyuarat Agung Tahunan.

(3) Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan dan jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan itu.

(4) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, ahli kariah yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(5) Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dua kali ganda bilangan anggota Jawatankuasa Kariah daripada kalangan ahli kariah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

(6) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah-

(a) membentangkan semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tahun sebelumnya oleh Jawatankuasa Kariah; (7) Satu salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang telah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha hendaklah dihantar kepada Pegawai Tadbir Agama dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam tempoh tiga puluh hari selepas mesyuarat diadakan. Mana-mana Setiausaha Jawatankuasa Kariah yang tidak mematuhi subperaturan ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.