Pk. P.U. 10/2013 PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013 BAHAGIAN III - SYARAHAN AGAMA
Peraturan 18. Kesalahan melanggar syarat oleh penceramah.
Mana-mana penceramah yang melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pegawai Tadbir Agama melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.