Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN V - JAWATANKUASA RAYUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 25. Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie

(1) Majlis hendaklah melantik suatu Jawatankuasa yang dipanggil "Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie" bagi mendengar apa-apa rayuan terhadap sesuatu keputusan Jawatankuasa yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2) Jawatankuasa Rayuan hendaklah terdiri daripada tiga anggota yang dilantik oleh Majlis dari kalangan anggotanya yang bukan anggota Jawatankuasa.

(3) Majlis hendaklah melantik seorang Pengerusi dari kalangan anggota Jawatankuasa Rayuan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.