Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN IV - KELAKUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 23. Tatacara yang hendaklah diikuti oleh Jawatankuasa Penyiasatan

(1) Jawatankuasa Penyiasatan-

(2) Jika Jawatankuasa Penyiasatan berpandangan bahawa Peguam Syarie itu patut dibenarkan hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan untuk membersihkan dirinya, Peguam Syarie itu hendaklah menghadirkan dirinya di hadapan Jawatankuasa itu bagi maksud itu.

(3) Jika saksi-saksi telah dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan, Peguam Syarie itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal balas saksi-saksi bagi pihak dirinya.

(4) Tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadap seseorang Peguam Syarie melainkan jika dia telah sebelum itu dibekali dengan satu salinan keterangan itu atau telah diberikan akses kepada keterangan itu.

(5) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah mengemukakan laporan tentang penyiasatan itu kepada Jawatankuasa.

(6) Jika setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa Penyiasatan dan representasi Peguam Syarie Jawatankuasa mendapati-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.