Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN III - JAWATANKUASA SURAU




Peraturan 14. Penubuhan Jawatankuasa Surau

(1) Melainkan diarahkan sebaliknya oleh Majlis, Jawatankuasa Kariah hendaklah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Orang Besar Jajahan dan dianggotai oleh Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu Mukim serta diurusetiakan oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah untuk melantik Jawatankuasa Surau di dalam kariah masjid masing-masing.

(2) Jawatankuasa Surau hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kariahnya.

(3) Ahli Jawatankuasa Surau hendaklah terdiri tidak lebih daripada sepuluh orang.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.