Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN IV - AM




Peraturan 25. Anggapan.

(1) Mana-mana orang yang memiliki atau mempunyai kawalan ke atas premis di mana suatu syarahan agama diadakan hendaklah dianggap sebagai penganjur.

(2) Bagi premis yang dimiliki atau berada dalam kawasan sesuatu persatuan atau badan, walau dengan apa juga nama ia dikenali, setiap anggota jawatankuasa persatuan atau badan itu hendaklah dianggap sebagai penganjur kecuali dia dapat membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menghalang sesuatu kesalahan dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.