Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

“ahli kariah” ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen Bil. 4 tahun 2004];

“Jabatan” ertinya Jabatan Agama Islam Perak;

“Jawatankuasa Kariah” ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah peraturan 3 Peraturan-Peraturan ini;

“kariah masjid” berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang di dalamnya masjid itu terletak;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) Enakmen;

“Mahkamah” ertinya mana-mana Mahkamah di dalam Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa kompeten;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen;

“masjid” ertinya suatu bangunan–

dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu;

“Orang Besar Jajahan” ertinya Orang Besar Jajahan yang dilantik di bawah Perkara LXXIV Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak;

“pegawai” ertinya mana-mana pekhidmat awam yang bertugas di Jabatan atau Majlis;

“Pegawai Penyelaras Masjid Daerah” ertinya pegawai lantikan Majlis yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab bagi membantu hal ehwal pentadbiran dan pengurusan masjid serta surau di dalam Negeri Perak;

“Pegawai Tadbir Agama” ertinya mana-mana Pegawai Agama yang dilantik bagi daerah-daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;

“Pengarah” ertinya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang dilantik di bawah seksyen 16A Enakmen; dan

“surau” ertinya suatu bangunan–



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.