Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN V - JAWATANKUASA RAYUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 30. Permohonan untuk dimasukkan semula sebagai Peguam Syarie

(1) Seseorang yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar boleh, selepas tempoh lima tahun dari tarikh namanya dikeluarkan, memohon untuk dimasukkan semula sebagai Peguam Syarie.

(2) Sesuatu permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang sama yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah ini bagi seseorang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie, tetapi bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah ini, permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang menerangkan mengapa pemohon ingin dimasukkan semula sebagai Peguam Syarie.

(3) Fi bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini iaIah lima ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.