Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN IV - AM




Peraturan 24. Tauliah Pihak Berkuasa Agama negeri lain.

(1) Mana-mana orang yang telah diberi Tauliah Mengajar oleh Pihak Berkuasa Agama mana-mana negeri di Malaysia, boleh memohon kepada Majlis untuk pengecualian daripada peruntukan peraturan 3 dan 5.

(2) Majlis boleh mengenakan syarat-syarat kepada pemohon yang diberi pengecualian di bawah subperaturan (1).

(3) Majlis boleh, pada bila-bila masa, menarik balik pengecualian yang diberikan tanpa memberikan alasan dan penarikbalikan itu hendaklah diberitahu kepada orang yang berkenaan.

(4) Sesuatu pengecualian hendaklah terbatal apabila Pihak Berkuasa Agama Negeri yang mengeluarkan sesuatu tauliah telah membatalkan tauliah tersebut.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.