Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN IV - KELAKUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 21. Prosedur tatatertib

(1) Jika didapati oleh Jawatankuasa setelah menimbangkan aduan yang dibuat dengan mengambil kira maklumat yang dikemukakan di bawah subkaedah 20(4), jika ada, bahawa aduan terhadap seseorang Peguam Syarie adalah tidak bermerit, maka Jawatankuasa hendaklah menolak aduan itu.

(2) Jika didapati oleh Jawatankuasa setelah menimbangkan aduan yang dibuat dengan mengambil kira maklumat yang dikemukakan di bawah subkaedah 20(4), jika ada, bahawa wujud satu kes prima facie terhadap Peguam Syarie yang berkenaan, Jawatankuasa hendaklah-

(3) Jika, setelah menimbangkan representasi bertulis yang dibuat menurut perenggan 2 (b) berserta segala maklumat lain, jika ada, Jawatankuasa mendapati bahawa Peguam Syarie itu tidak bersalah, Jawatankuasa hendaklah membebaskannya.

(4) Jika Peguam Syarie berkenaan tidak membuat apa-apa representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b) atau jika Peguam Syarie itu telah membuat representasi bertulis sedemikian tetapi representasi bertulis itu tidak dapat membersihkan dirinya sehingga memuaskan hati Jawatankuasa dan Jawatankuasa mendapati bahawa Peguam Syarie itu bersalah, Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan tentang pengeluaran daripada Daftar, penggantungan daripada menjalankan amalan atau pencelaan Peguam Syarie itu.

(5) Jika Jawatankuasa berpendapat bahawa kes terhadap Peguam Syarie itu menghendaki penjelasan lanjut, Jawatankuasa boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.