Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN IV - KELAKUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 20. Aduan terhadap seorang Peguam Syarie

(1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesional atau peribadinya hendaklah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha.

(2) Mahkamah atau Ketua Pendakwa Syarie boleh membuat aduan secara bertulis kepada Setiausaha berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.

(3) Apabila menerima aduan di bawah subkaedah (1) atau (2) Setiausaha boleh, pada bila-bila masa, mendapatkan secara bertulis apa-apa maklumat daripada mana-mana orang yang difikirkannya mengetahui tentang fakta kes itu yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesional atau peribadinya.

(4) Setiausaha hendaklah mengemukakan aduan itu kepada Majlis dan Jawatankuasa dengan seberapa segera yang praktik berserta dengan apa-apa maklumat yang diperolehnya di bawah subkaedah (3), jika ada.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.