Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN III - TAULIAH MENGAJAR




Peraturan 5. Tatacara mengendalikan permohonan.

(1) Pengerusi Jawatankuasa, setelah diterima permohonan di bawah peraturan 3, hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa.

(2) Jawatankuasa, dalam menimbangkan permohonan itu, hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

(3) Jawatankuasa, setelah menimbangkan permohonan itu boleh, mengikut budi bicaranya, menolak mana-mana pemohon yang difikirkannya tidak layak.

(4) Jika, Jawatankuasa berpendapat bahawa seseorang pemohon layak untuk dipertimbangkan, maka Jawatankuasa hendaklah memanggil pemohon itu untuk ujian lisan atau bertulis atau kedua-duanya.

(5) Setelah ujian dijalankan, Jawatankuasa hendaklah memaklumkan keputusannya kepada pemohon.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.