Pk. P.U. 2/2015 PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015 BAHAGIAN VI - TUGAS ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH
Peraturan 23. Tugas Pengerusi
Pengerusi hendaklah-
(a) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan Mesyuarat Agung Tahunan;
(b) melaksanakan semua dasar dan keputusan Majlis berkaitan masjid;
(c) mengawasi atau mengadakan pengawasan ke atas apa-apa aktiviti dan/ atau projek yang dilaksanakan oleh masjid termasuk apa-apa aktiviti dan/atau projek yang terletak di luar premis masjid;
(d) memantau pengurusan surau;
(e) melaksanakan visi dan misi Jawatankuasa Kariah;
(f) memastikan aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh masjid tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa;
(g) bertanggungjawab bagi kelakuan baik ahli kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam;
(h) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis;
(i) mengawal selia dan memastikan bahawa tugas-tugas semua Jawatankuasa Kecil Kariah dijalankan dengan sempurna;
(j) mengurus semua harta benda masjid bersama Jawatankuasa Kecil Kariah; dan
(k) menjalankan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Majlis atau Jabatan dari semasa ke semasa.