Pk. P.U. 2/2015 PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015 BAHAGIAN VI - TUGAS ANGGOTA JAWATANKUASA KARIAH
Peraturan 27. Tugas Bendahari
Bendahari hendaklah-
(a) memasukkan dengan segera semua wang yang diterima ke dalam akaun bank masjid;
(b) mengeluarkan resit bagi penerimaan wang;
(c) menyenggarakan buku-buku akaun mengikut apa-apa arahan Majlis dari semasa ke semasa;
(d) menyediakan penyata kewangan pada setiap bulan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira;
(e) membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira untuk Mesyuarat Agung Tahunan;
(f) mengemukakan penyata kewangan yang telah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pegawai Tadbir Agama dan Ketua Pegawai Eksekutif;
(g) menyimpan dalam panjar wang runcit dan boleh membelanjakan wang tunai tidak melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa untuk perbelanjaan runcit;
(h) membuat pembayaran yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kariah; dan
(i) menjalankan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Majlis atau Jabatan dari semasa ke semasa.