Pk. P.U. 28/81
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIAH, 1980




Kaedah 6. Lembaga

(i) Tiap-tiap seorang yang memohon lesen sebagai Pegum Syariah adalah dikehendaki hadir di hadapan satu Lembaga yang yang dilantik oleh Majlis dengan persetujuan Raja dalam Mesyuarat dengan tujuan menentukan sama ada pemohon tersebut pada pendapat Lembaga mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan Hukum Syarak, Peraturan Mahkamah, Bahasa dan Adat Melayu dan sama ada ianya seorang yang layak diberi lesen sebagai Peguam Syariah;

(ii) Lembaga hendaklah mengemukakan pendapatnya untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Majlis;

(iii) Lembaga hendaklah mengandungi Yang Dipertua sebagai Pengerusi, Mufti dan tiga orang lain sebagai Ahli;

(iv) Sekiranya pendapat Lembaga tidak sebulat suara, maka pendapat lebih suara hendaklah dipakai.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.