Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN AM




Kaedah 33. Sekatan

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan jika dia telah diterima sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-Kaedah ini dan dia mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie yang sah.

(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah di bawah perenggan 19 (2) (a) atau (b) masih berkuat kuasa.

(3) Seseorang Peguam Syarie tidak boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika Sijil Amalan Guaman Syarienya telah habis tempoh.

(4) Mana-mana orang yang melanggar subkaedah (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.