Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN III - TAULIAH MENGAJAR




Peraturan 6. Tauliah Mengajar.

(1) Tauliah Mengajar yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah dalam Borang TM II dalam Jadual dan adalah tertakluk kepada fi yang ditetapkan oleh Majlis.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas syor Jawatankuasa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan sesuatu Tauliah Mengajar yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(3) Tempoh sah sesuatu Tauliah Mengajar berkenaan dengan seseorang bukan warganegara tidak boleh melebihi tempoh sah pas profesionalnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.