Pk. P.U. 1/84
PERATURAN JAWATANKUASA MASJID 1984
Peraturan 6. Mesyuarat Jawatankuasa Masjid.
(1) Jawatankuasa Masjid hendaklah mengadakan mesyuarat bila-bila didapati mustahak tetapi tidak kurang daripada tiga bulan sekali.
(2) Sekurang-kurang separuh daripada jumlah anggota-anggota Jawatankuasa Masjid hendaklah hadir dalam tiap-tiap mesyuarat untuk mencukupi korum.
(3) Mesyuarat Jawatankuasa Masjid hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau, jika ia tidak hadir, Naib Pengerusi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.