Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"bulan" mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388];

"Daftar" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebut dalam kaedah 18;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

"Jawatankuasa Rayuan" ertinya Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie yang dilantik di bawah kaedah 25;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 41(1) Enakmen;

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 43 (1) Enakmen;

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 57(1) Enakmen;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Enakmen;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen;

"peguam bela dan peguam cara" mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah kaedah 13;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak;

"Setiausaha Jawatankuasa" ertinya Setiausaha Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie;

"Sijil Amalan Guaman Syarie" ertinya sijil yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa di bawah subkaedah 15(2);

"temu duga atau peperiksaan bertulis" ertinya temu duga atau peperiksaan bertulis yang dijalankan oleh Jawatankuasa di bawah kaedah 12.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.