Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN IV - PROSEDUR MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 19. Minit

(1) Semua Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya pada tiap-tiap kali mesyuarat oleh Setiausaha Jawatankuasa Kariah.

(2) Minit Mesyuarat yang sebelumnya hendaklah dibaca dan disahkan tertakluk kepada pindaan, jika ada.

(3) Minit Mesyuarat yang telah disahkan di bawah subperaturan (2) hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah yang diarahkan oleh Pengerusi.

(4) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam tempoh empat belas hari selepas disahkan dan ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah yang diarahkan oleh Pengerusi. Mana-mana Setiausaha Jawatankuasa Kariah yang tidak mematuhi subperaturan ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(5) Apa-apa Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kariah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam apa-apa prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam minit itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.