Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 8. Tempoh pelantikan

(1) Anggota Jawatankuasa Kariah hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula jika difikirkan layak oleh Majlis.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Majlis boleh, pada bila-bila masa, menamatkan pelantikan tersebut tanpa memberi apa-apa sebab.

(3) Mana-mana orang yang menggantikan anggota yang ditamatkan pelantikannya di bawah peraturan 9, dibatalkan pelantikannya atau meletakkan jawatannya di bawah peraturan 10, hendaklah memegang jawatan tersebut selama baki tempoh jawatan anggota Jawatankuasa yang pelantikannya terhenti.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.