Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 17. Pengecualian

Penasihat Undang-Undang dan tiap-tiap Peguam Persekutuan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak atau mana-mana Pegawai Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang Syariah atau Pembantu Undang-Undang di Biro Bantuan Guaman Negeri Perak hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis di bawah Kaedah-Kaedah ini dan peruntukan kaedah 10, 12, 14, 15 dan 16 tidak terpakai bagi Pegawai-Pegawai itu dan Pegawai-Pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerIukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.