Pk. P.U. 10/2013
PERATURAN-PERATURAN PENGAWASAN PENGAJARAN DAN SYARAHAN AGAMA 2013
BAHAGIAN II - TAULIAH MENGAJAR




Peraturan 9. Pematuhan syarat dan arahan.

(1) Seseorang yang diberi Tauliah Mengajar hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Jawatankuasa dan apa-apa arahan Majlis yang dibuat di bawah peraturan 8.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.