Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 10. Permohonan

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang A dalam Jadual.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Jawatankuasa dengan melampirkan salinan dokumen-dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan sebanyak sepuluh ringgit.

(3) Pemohon hendaklah menyebabkan ditampalkan suatu salinan permohonannya di tiap-tiap Mahkamah di Negeri Perak selama tempoh satu bulan selepas permohonannya dihantarserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.