Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 11. Bantahan

(1) Sesuatu permohonan untuk diterima sebagai Peguam Syarie boleh dibantah oleh mana-mana orang melalui Setiausaha Jawatankuasa.

(2) Sesuatu bantahan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa berserta alasan-alasan bantahan itu dan Setiausaha Jawatankuasa hendaklah mengemukakan bantahan tersebut kepada Jawatankuasa.

(3) Jawatankuasa boleh, jika didapati bantahan tersebut munasabah, merninta melalui surat berdaftar penjelasan atau jawapan bertulis daripada pemohon.

(4) Pemohon hendaklah memberikan penjelasan atau jawapan bertulis kepada Jawatankuasa dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

(5) Jawatankuasa boleh menolak permohonan oleh pemohon jika tiada penjelasan atau jawapan bertulis diterima daripadanya atau jika penjelasan atau jawapan bertulis diterima, Jawatankuasa tidak berpuas hati dengan penjelasan atau jawapan bertulis itu, dan pemohon hendaklah dimaklumkan tentang keputusan Jawatankuasa melalui pos berdaftar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.