Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN IV - PROSEDUR MESYUARAT JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 18. Notis

(1) Setiausaha atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah, yang diarahkan oleh Pengerusi, hendaklah setelah berbincang dengan Pengerusi, mengeluarkan panggilan mesyuarat melalui notis kepada semua anggota Jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat dengan disertakan agenda mesyuarat tersebut.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa terdapat keperluan segera untuk memanggil mesyuarat itu, mengarahkan supaya notis tujuh hari itu diketepikan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.