Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 11. Pengisian kekosongan

(1) Pelantikan anggota Jawatankuasa Kariah yang baru bagi mengisi kekosongan anggota yang ditamatkan pelantikannya di bawah peraturan 9, dibatalkan pelantikannya, digantung pelantikannya atau meletakkan jawatannya di bawah peraturan 10 adalah seperti yang berikut:

dengan syarat Majlis boleh membubarkan mana-mana Jawatankuasa Kariah jika lebih daripada separuh anggota Jawatankuasa Kariah ditamatkan, dibatalkan pelantikan, digantung pelantikannya atau meletakkan jawatan. Majlis boleh memberi apa-apa arahan lanjut mengenainya.

(2) Mana-mana pelantikan yang berlawanan dengan subperaturan (1)(a) dan (b) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.