Swk. L.N. 49/1992
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1992




Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir ahli yang hadir bolehlah melantik seorang dari antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Tiga orang ahli yang hadir hendaklah menjadi kuorum sesuatu mesyuarat.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara syura.

(4) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan Ketua Hakim Syarie, Jawatankuasa boleh menetapkan acaranya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.