Swk. L.N. 50/1992
KAEDAH-KAEDAH ACARA MAL SYARIAH (BORANG), 1992
JADUAL - Borang 30
(Seksyen 194)
PERINTAH UNTUK PELAKSANAAN TERHADAP PENTADBIR WASIAT ATAU PENTADBIR HARTA PUSAKA
(Kepala)
(Bahagian Permulaan seperti dalam Borang 13)
Dengan ini adalah diperintahkan bahawa bailif Mahkamah hendaklah melaksanakan | penghakiman
perintah |
tersebut:
(1) dengan melevikan amaun yang kena dibayar itu cara dengan penyitaan (1) dan penjualan harta alih yang hendaklah dikenalpastikan oleh atau bagi pihak A.B. sebagai harta kepunyaan E.F. si mati yang ada dalam tangan C.D. selaku wasi wasiatnya (atau pentadbir pusaka) si mati tersebut untuk ditadbirkan;
(2) dan jika C.D. tersebut tidak ada secukupnya harta dalam kawalannya untuk ditadbirkan, maka berkenaan dengan jumlah wang sebanyak $ ............................. (yang merupakan sekian banyak daripada amaun penghakiman sebagaimana yang diperintahkan supaya dilevikan terhadap harta kepunyaan C.D. tersebut berserta faedah atasnya) dengan cara penyitaan (2) dan penjualan harta alih yang hendaklah dikenalpastikan oleh atau bagi pihak A.B. sebagai kepunyaan C.D.
(Sambungan seperti dalam Borang 16)
_______________________________________________________________________
Nota:
(1) Atau apa jua cara pelaksanaan yang dikehendaki.
(2) Perintah mestilah dalam tiap-tiap hal membezakan antara amaun yang diperintahkan dibayar daripada harta si mati dan amaun yang diperintahkan dibayar daripada harta diri wakil diri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.