Swk. L.N. 73/1992
KAEDAH-KAEDAH PROSIDING HAL EHWAL SUAMI ISTERI, 1992




Kaedah 6. Penyerahan Permohonan.

(1) Sesuatu permohonan bolehlah diserahkan kepada mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Satu salinan surat Perakuan Nikah yang berkenaan hendaklah difailkan bersama dengan permohonan.

(3) Jika dalam Mahkamah Syariah terdapat sesuatu permohonan yang belum dibuang atau sebaliknya belum diselesaikan dengan perintah muktamad, maka suatu permohonan lain, yang berhubungan dengan perkahwinan yang sama, tidaklah boleh diserahkan tanpa mendapat kebenaran Mahkamah atas permohonan yang dibuat dalam perbicaraan yang belum selesai itu.

(4) Permohonan hendaklah difailkan dalam pejabat Mahkamah Syariah sebanyak salinan mengikut bilangan orang yang akan disampaikan permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.