Swk. L.N. 11/1985
KAEDAH-KAEDAH (BORANG-BORANG DAN BAYARAN-BAYARAN) MAHKAMAH SYARIAH TAHUN 1985




Kaedah 16. Bayaran-bayaran.

(1) Tertakluk kepada seksyen 87 Ordinan (Perbadanan) Majlis Islam maka bayaran-bayaran yang tersebut di dalam ruangan yang kedua dalam Jadual yang Kedua kepada kaedah-kaedah ini hendaklah dibayar bagi segala perkara-perkara yang dinyatakan di dalam ruangan yang pertama dalam Jadual yang tersebut itu.

(2) Bayaran-bayaran yang ditetapkan di dalam Jadual yang tersebut itu tidaklah kena dibayar oleh mana-mana orang yang menjadi penjawat awam dalam erti Kanun Kesiksaan [N.M.B. Bab 5] berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukannya sebagai penjawat awam itu.

(3) Segala bayaran-bayaran yang kena dibayar bagi semua perbuatan-perbuatan yang ditetapkan dalam Jadual tersebut hendaklah dipungut dengan wang tunai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.