Swk. L.N. 49/1992
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1992




Kaedah 9. Permohonan.

(1) Seseorang yang hendak diterima masuk sebagai Peguam Syarie hendaklah mempunyai kelayakan yang tersebut dalam kaedah 8 dan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang 1 yang ditetapkan dalam Jadual kepada Kaedah-Kaedah ini.

(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan menyertakan salinan-salinan dokumen yang perlu.

(3) Setiausaha Jawatankuasa hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan kenyataan setiap Mahkamah Syariah di Sarawak selama satu bulan selepas permohonan itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.