Swk. L.N. 49/1992
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1992




Kaedah 21. Peguam Syarie Boleh Memohon Supaya Digugurkan Namanya Dari Daftar.

(1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada kaedah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya digugurkan dari Daftar.

(2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit dan hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Jawatankuasa boleh kerana sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.