Swk. L.N. 73/1992
KAEDAH-KAEDAH PROSIDING HAL EHWAL SUAMI ISTERI, 1992




Kaedah 2. Borang Dalam Jadual Pertama.

Borang-Borang yang ditetapkan dalam Jadual Pertama kepada Kaedah-Kaedah ini hendaklah digunakan bagi tujuan yang berikut:

(i) Borang 1 hendaklah digunakan bagi permohonan untuk perceraian/perceraian taklik/fasakh;

(ii) Borang 2 dan 2A hendaklah masing-masing digunakan bagi permohonan Surat Asal dan Salinan Perakuan Rujuk;

(iii) Borang 3 hendaklah digunakan bagi permohonan Perakuan Anggapan Mati;

(iv) Borang 4 hendaklah digunakan sebagai Perakuan Anggapan Mati;

(v) Borang 5 dan 5A hendaklah masing-masing digunakan bagi permohonan Surat Asal dan Salinan Perakuan Cerai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.