Sel. P.U. 22/2008
PERATURAN-PERATURAN TAULIAH (NEGERI SELANGOR) 2008

Bahagian XI - AM



Peraturan 25. Kecualian dan peralihan

Semua Peraturan, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Peraturan-peraturan ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Peraturan-peraturan ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh Peraturan-peraturan, pemberitahuan, perintah, notis, borang, surat kebenaran atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Peraturan-peraturan ini.


Dibuat 18 Ogos 2008
[MAIS/PM/BUU/01-1/001/7; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]

Dato’ Setia Mohamad Adzib bin Mohd Isa
Pengerusi,
Majlis Agama Islam Selangor




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.