Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH (NEGERI SELANGOR) 1995

BAHAGIAN IX - PENGAWALAN



Kaedah 33A. Penamatan jawatan dan pembatalan Jawatankuasa Masjid dan Surau, dsb.

(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini dan tanpa menjejaskan kuasa-kuasa MAIS di bawah kaedah 32 dan 33, MAIS boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menamatkan jawatan seseorang Pegawai Masjid atau Surau atau membatalkan pelantikan Jawatankuasa Masjid atau Surau yang dibuat di bawah Bahagian IV atau pemilihan atau pelantikan Pegawai Surau atau anggota Jawatankuasa Surau yang dibuat di bawah kaedah 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika MAIS atau Setiausaha MAIS mendapati, selepas siasatan yang wajar, bahawa—


(2) Apabila MAIS atau Setiausaha MAIS bercadang untuk menamatkan jawatan Pegawai Masjid atau Surau atau membatalkan Jawatankuasa Masjid atau Surau di bawah subkaedah (1), MAIS atau Setiausaha MAIS hendaklah—

(3) Jika MAIS atau Setiausaha MAIS tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan di bawah subkaedah (2)(b), MAIS atau Setiausaha MAIS hendaklah, dengan arahan bertulis, berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan, menamatkan jawatan atau membatalkan Jawatankuasa berkenaan dan memberi apa-apa arahan sampingan sewajarnya.

(4) Walau apa pun apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini, MAIS atau Setiausaha MAIS, boleh mengisi jawatan yang telah ditamatkan dan melantik Jawatankuasa Masjid atau Surau yang baru itu mengikut apa-apa cara dan dengan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dan wajar dan pengisian dan pelantikan baru tersebut bolehlah tidak tertakluk kepada apa-apa peruntukan Bahagian IV dalam kaedah-kaedah ini atau MAIS atau Setiausaha MAIS melantik beberapa bilangan orang untuk mentadbir Masjid atau Surau tersebut.

(5) Adalah sah di sisi undang-undang bagi MAIS atau Setiausaha MAIS untuk menamatkan jawatan atau membatalkan Jawatankuasa berkenaan di bawah kaedah ini walaupun suatu tauliah mengenainya telah diberikan dan masih berkuat kuasa.

(6) Seseorang pegawai atau anggota Jawatankuasa berkenaan yang telah ditamatkan jawatannya atau dibatalkan di bawah kaedah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang gagal mematuhi arahan yang diberikan di bawah subkaedah (3), adalah melakukan suatu kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.