Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Kaedah 2. Tafsiran.
Dalam Kaedah- Kaedah ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain-
“anak kariah” berhubung dengan suatu kariah masjid, ertinya seseorang yang bermastautin atau bermukim atau pada lazimnya tinggal tetap dalam kariah masjid itu;
[Gan. Sel. P.U. 3/2002]
"biro" ertinya biro yang ditubuhkan di bawah kaedah 23;
"daerah" ertinya daerah yang ditentukan oleh MAIS bagi maksud Kaedah-Kaedah ini;
"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989;
"JAIS" ertinya Jabatan Agama Islam Selangor;
"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang dibentuk mengikut kaedah 13;
[Pin. Sel. P.U. 3/2002]
"Jawatankuasa MAIS" ertinya Jawatankuasa MAIS Tentang Kariah Masjid yang ditubuhkan melalui kaedah 3;
"MAIS" ertinya Majlis Agama Islam Selangor;
"Pegawai Masjid" ertinya Nazir, Imam, Bilal dan Siak bagi sesuatu masjid yang dilantik di bawah seksyen 60 Enakmen.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.