Sel. P.U. 4/1995 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN III - PENTADBIRAN MASJID
Kaedah 6. Pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah.
(1) Setiap masjid hendaklah ditadbirkan oleh Pegawai Masjid dan suatu Jawatankuasa Kariah yang terdiri daripada—
(a) seorang Timbalan Nazir;
(b) seorang Setiausaha;
(c) seorang penolong Setiausaha;
(d) seorang Bendahari;
(e) lapan orang anggota lain, termasuk seorang wakil pemuda dan seorang wakil wanita; dan
(f) dua orang Pemeriksa Kira-kira.
[Gan. Sel. P.U. 3/2002]
(2) Pegawai masjid bagi setiap masjid hendaklah menjadi anggota ex-officio Jawatankuasa Kariah masjid itu.
(3) Pegawai masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah hendaklah setiap seorang dilantik dan diberi tauliah oleh MAIS.
(4) MAIS boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah sesuatu masjid tentang pentadbiran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masjid itu dan kariahnya, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di bawah Kaedah-Kaedah ini, dan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu.