Sel. P.U. 4/1995 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN V - FUNGSI PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH
Kaedah 19. Tugas-tugas Setiausaha.
(1) Setiausaha sesuatu masjid hendaklah-
(a) membantu Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu dalam melaksanakan tugas-tugas mereka supaya tugas-tugas mereka dapat dijalankan dengan licin;(b) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu, mencatatkan butir-butir dan keputusan mesyuarat itu serta mengedarkan minit-minit mesyuarat kepada anggota mesyuarat yang berkenaan pada atau sebelum mesyuarat yang berikutnya;
(c) memanggil mesyuarat atau mesyuarat khas Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu, atau mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung khas masjid itu atau apa-apa mesyuarat lain yang diarahkan oleh Nazir masjid itu atau MAIS dan menjalankan segala keputusan mesyuarat itu;
(d) mengendalikan segala surat-mesyuarat dan menyimpan segala rekod kegiatan, cop-cop dan dokumen-dokumen Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu;
(e) menyediakan laporan tahunan tentang kegiatan masjid itu;
(f) bersama dengan Bendahari, jika Nazir tiada, menandatangani cek-cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu;
(g) bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dengari anak kariah masjid itu dan antara Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu dengan MAIS;
(h) membanci dan mendaftarkan semua orang Islam yang bermastautin atau bermukim dalam kariah masjid itu; dan
(i) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS atau oleh Nazir masjid itu.
[Pin. Sel. P.U. 3/2002]
(2) Penolong Setiausaha sesuatu masjid hendaklah membantu Setiausaha dan melaksanakan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.