Sel. P.U. 4/1995 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN IX - PENGAWALAN
Kaedah 33. Penggantungan atau penamatan jawatan.
Jika mana-mana Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah atau jawatankuasa biro sesuatu masjid-
(a) menghalang atau enggan membenarkan pemeriksaan dibuat di bawah perenggan 31(a);
(b) tidak mematuhi kehendak di bawah perenggan 3l(b);
(c) memberi ceramah, syarahan atau khutbah Jumaat atau khutbah Hari Raya yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
(d) mengedar, menjual atau menawarkan untuk dijual di dalam masjid apa-apa penerbitan yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
(e) menjemput penceramah at au penceramah-penceramah daripada mana-mana parti politik untuk memberi ceramah, syarahan atau Khutbah Jumaat atau Khutbah Hari Raya yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan an tara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
(f) melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang pada pandangan MAIS, mempunyai kecenderungan atau jika dilakukan, tetap mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia;
(g) tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS di bawah Kaedah-Kaedah ini; atau
(h) berkelakuan yang mencemarkan agama Islam,
MAIS boleh menggantung atau menamatkan jawatan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah itu atau mengarahkan ketua biro itu supaya menamatkan jawatan anggota jawatankuasa biro itu.
[Gan. Sel. P.U. 4/2000]
(2) Sebelum membuat keputusan di bawah subkaedah (1), MAIS boleh merujukkan perkara yang disebut dalam subkaedah itu kepada Jawatankuasa MAIS untuk mendapatkan nasihatnya.
(3) Walau apa pun subkaedah (1), tiada seorang pun boleh digantung atau ditamatkan jawatannya di bawah subkaedah itu melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar.
(4) Subkaedah 12(3) dan 12(5) hendaklah terpakai berkenaan dengan jawatan yang menjadi kosong oleh sebab penamatan jawatan di bawah kaedah ini, kecuali bahawa bagi anggota jawatankuasa biro, perlantikan hendaklah dibuat oleh ketua biro itu.