Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN IV - PEMILIHAN NAZIR DAN JAWATANKUASA KARIAH



Kaedah 8. Pemilihan.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah Daerah yang terdiri daripada:

(2) Bagi setiap masjid, Jawatankuasa hendaklah mencalonkan sekurang-kurang 25 orang calon, termasuk sekurang-kurangnya seorang calon untuk menjadi wakil pemuda dan seorang calon untuk menjadi wakil wanita bagi maksud dilantik sebagai Nazir, Timbalan Nazir dan anggota Jawatankuasa Kariah bagi masjid itu.

(3) Pengerusi Jawatankuasa yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah mengemukakan nama calon-calon yang disebut dalam subkaedah itu kepada Setiausaha Jawatankuasa MAIS berserta dengan ulasannya tentang kesesuaian calon-calon itu.

(4) Jawatankuasa MAIS hendaklah memilih calon yang layak untuk dilantik menjadi Nazir dan anggota Jawatankuasa Kariah dan mengemukakan kepada MAIS nama calon-calon itu.
[Gan. Sel. P.U. 3/2002]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.