Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN MASJID



Kaedah 7. Penyelia dan Penasihat.

(1) Pegawai Tadbir Agama sesuatu daerah atau kawasan hendaklah menyelia semua masjid dalam daerah atau kawasan itu.

(2) Orang Besar Daerah dan Pegawai Daerah hendaklah masing-masing menjadi Penaung dan Penasihat bagi semua masjid dalam daerah.

[Gan. Sel. P.U. 3/2002]

(3) Penghulu sesuatu mukim, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Pegawai Penyelaras Masjid hendaklah masing-masing menjadi penasihat bagi tiap-tiap masjid dalam mukim dan kampung yang berkenaan.
[Mas. Sel. P.U. 3/2002]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.