Sel. P.U. 4/1995 KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA MAIS TENTANG KARIAH MASJID
Kaedah 4. Fungsi Jawatankuasa MAIS.
Jawatankuasa MAIS hendaklah mempunyai fungsi yang ~erikut:
(a) menasihati MAIS tentang kelayakan sesuatu masjid untuk mendirikan solat Jumaat;
(b) menasihati dan membuat syor kepada MAIS ten tang sesuatu sempadan kariah masjid; .
(c) menasihati dan membuat syor kepada MAIS tentang kelayakan calon-calon untuk menjadi Pegawai Masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah;
(d) mengawasi dan menasihati MAIS tentang kelakuan Pegawai Masjid, anggota-anggota Jawatankuasa Kariah dan anggota jawatankuasa biro;
(e) menasihati dan membuat syor kepada MAIS tentang pelantikan Pegawai Masjid dan Surau dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau yang baru di bawah subkaedah 33A(4); dan
(f) menjalankan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan fungsi-fungsi yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).