Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA MAIS TENTANG KARIAH MASJID
(1) Pengerusi, atau jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa MAIS.
(2) Lima orang anggota Jawatankuasa MAIS hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa MAIS.
(3) Semua keputusan Jawatankuasa MAIS hendaklah dibuat dalam mesyuarat dengan sebulat suara atau lebih suara anggota yang hadir.
(4) Sekiranya terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Jawatankuasa MAIS boleh membenarkan mana-mana pegawai JAIS, Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa itu, tetapi Pegawai, Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau mana-mana orang itu adalah tidak berhak mengundi.