Sel. P.U. 14/2009
PERATURAN-PERATURAN PENDAFTARAN, PENJAGAAN DAN PENGAJARAN BAGI MUALLAF (NEGERI SELANGOR) 2009

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Peraturan 2. Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Daftar Muallaf” ertinya suatu rekod yang mengandungi butir-butir orang yang telah memeluk agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 22;

“Enakmen termasuk Ketua Pendaftar Muallaf” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

[Pin. Sel.PU. 62/2013; s. 3]

“Jabatan” ertinya Bahagian Pembangunan Insan Majlis atau nama-nama lain yang membawa maksud suatu bahagian yang diberi kuasa oleh Majlis untuk menguruskan hal ehwal muallaf;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;

“kanak-kanak” ertinya kanak-kanak di bawah jagaan ibu atau bapa atau penjaga yang belum mencapai umur lapan belas tahun;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen;

“muallaf” ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Enakmen;

“pegawai” ertinya mana-mana pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan yang menguruskan hal ehwal muallaf termasuklah Penolong Pegawai dan Pembantu Pegawai;

“Pendaftar Muallaf” ertinya seseorang yang dilantik oleh Majlis di bawah seksyen 110 Enakmen;

“Perakuan Memeluk Agama Islam” ertinya suatu perakuan yang diberi oleh Pendaftar Muallaf kepada tiap-tiap orang yang telah memeluk agama Islam menurut subseksyen 112(1) Enakmen.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.